Majlis Berbuka Puasa PLPP
SUBANG, 23 Jul 14 - Majlis Berbuka Puasa Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP) telah diadakan bertempat di Foyer PLPP pada 23 Jul 14. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh pelatih Kursus Penyelia Kanan Siri 198/14 dan Kursus Penyelia Rendah Siri 253/14. Turut hadir ialah Lt Kol Ahmad bin Yusof TUDM, Pegawai Memerintah PLPP serta pegawai-pegawai dan jurulatih PLPP. Majlis ini telah dimulakan pada jam 1830 dengan tazkirah yang disampaikan oleh Kpl Rozaki bin Mahat sebelum waktu berbuka puasa bagi mengisi masa yang terluang. Sejurus itu acara diteruskan dengan solat maghrib berjemaah di Dewan Pahlawan PLPP. Majlis diteruskan dengan jamuan makan malam dan diikuti dengan ucapan oleh Pegawai Memerintah, beliau telah menasihatkan kepada semua pelatih-pelatih dan semua staf supaya berbelanja secara berhemah dan berhati-hati dalam perjalanan semasa cuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba.
|