Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup KKPPW Siri 22/13

SUBANG, 30 Jan 13  Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 22/13 telah diadakan di Dewan Pahlawan Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP) pada 30 Jan 13. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, Panglima Operasi Udara. Turut hadir mengiringi Panglima Operasi Udara adalah Lt Kol Termizi bin Hashim TUDM, wakil Panglima Pendidikan dan Latihan Udara.  Kursus tersebut telah berlangsung selama 2 minggu bermula dari 15 Jan hingga 30 Jan 13 yang dihadiri seramai 28 anggota berpangkat Pegawai Waran Udara Dua dan Flait Sarjan.

   Dalam petikan ucapan, Panglima Operasi Udara mengingatkan kepada semua bahawa kejayaan di dalam sesebuah organisasi dapat dicapai sekiranya setiap ahli organisasi dapat melaksanakan peranan masing-masing.  Selain itu juga, seorang Pegawai Waran  adalah sebagai perantara di antara anggota bawahan dengan pihak atasan dalam proses menyalurkan sebarang maklumat di uni-unit.  Segala modul yang telah dipelajari sepanjang berkursus hendaklah diaplikasi ke unit kelak.  Majlis juga diserikan dengan sesi bergambar kenang-kenangan sebelum Panglima Operasi Udara meninggalkan majlis. Tahniah diucapkan kepada peserta dan semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. 

Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup KKPPW Siri 23/13

SUBANG, 20 Mac 13  Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 23/13 telah disempurnakan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Dato’ Hj Azizool Arif bin Abdul Ghani TUDM di Dewan Pahlawan Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP). Kursus ini telah berlangsung selama 2 minggu bermula 5 Mac hingga 21 Mac yang dihadiri seramai 21 orang berpangkat Pegawai Waran Udara Dua dan 6 orang berpangkat Flait Sarjan.

            Dalam petikan ucapan, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara mengingatkan kepada semua bahawa sebagai seorang anggota tentera harus mempamerkan imej serta penampilan diri yang tinggi dan seterusnya menjadi role model kepada anggota peringkat bawahan. Selain itu juga, segala modul yang telah dipelajari sepanjang berkursus hendaklah diaplikasi di unit kelak, selaras dengan nilai-nilai teras atau core values seperti integrity, courage, excellence, esprit de corps dan service before self yang harus diterapkan dalam diri setiap anggota. Panglima Pendidikan dan Latihan Udara juga menasihatkan supaya menggunakan doktrin dan manual yang sedia ada untuk mengajar anggota peringkat bawahan mengenai kepakaran mengikut bidang masing-masing.     

            Tahniah diucapkan kepada peserta dan semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.

Alamat

Pusat Latihan Pentadbiran & Pengurusan
d/a Pangkalan Udara Subang
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78444776
Faks: 03-78469831

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Akhbar Online