Majlis Tahlil Sempena Menyambut Kedatangan Maulidur Rasul 1434H
SUBANG, 23 Jan 13 - Penuntut Kursus Tingkatan Pegawai Urusetia Siri 29/13 dan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 22/13 telah berkolaborasi menganjurkan Majlis Tahlil sempena menyambut kedatangan Maulidur Rasul 1434H bertempat di Dewan Pahlawan Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP). Majlis yang dihadiri oleh jurulatih dan staf PLPP serta semua pelatih dan diserikan dengan kehadiran Pegawai Memerintah PLPP, Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM. Membuka tirai majlis dimulakan dengan solat Magrib secara berjemaah dan seterusnya sesi tazkirah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh SSjn Jamaludin bin Kasim, Pejabat Pangkalan Udara Subang, diikuti bacaan Yasin, tahlil serta solat Isyak secara berjemaah. Adalah diharapkan program sebegini akan terus dianjurkan dan menjadi sebahagian dari tradisi PLPP khususnya dalam usaha untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan warga PLPP di samping menegakkan syiar Islam di dalam TUDM.
|