Majlis Perasmian dan Pembukaan KAPT Siri 71/13  

SUBANG, 25 Jan 13 - Majlis Perasmian dan Pembukaan Kursus Asas Pembantu Tadbir (KAPT) Siri 71/13 telah diadakan di Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan pada 25 Jan 13. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Perkhidmatan, Kol Ahmad Tarmizi bin Elias TUDM. Seramai 30 anggota berpangkat Laskar Udara Dua akan mengikuti kursus tersebut selama 13 minggu mulai 22 Jan hingga 30 Apr 13.

     Dalam ucapan yang disampaikan, beliau mengharapkan kepada semua pelatih bukan sekadar hanya untuk mendapatkan sijil dan memakai sayap lencana ketukangan semata-mata. Sebaliknya, timbalah ilmu sebanyak mungkin dari pensyarah-pensyarah jemputan dan jurulatih-jurulatih untuk dibawa balik ke unit agar dapat diaplikasi dengan betul. Walaupun kursus ini diwujudkan dengan tujuan untuk memenuhi keperluan perkhidmatan, kursus ini juga akan mendedahkan berkaitan isu-isu asas pengurusan dan cara-cara menanganinya dengan berkesan. Akhir sekali beliau mengucapkan tahniah kepada anggota yang dipilih dalam kursus ini.

Majlis Perasmian dan Pembukaan KKK Siri 57/13  

SUBANG, 20 Feb 13 - Majlis Perasmian dan Pembukaan Kursus Ketua Kerani (KKK) Siri 57/13 telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, Mej Jen Dato’ Mohd Noh bin Mohd Said TUDM di Dewan Pahlawan Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan. Seramai 20 anggota berpangkat Sarjan Udara telah dipilih untuk mengikuti kursus tersebut selama 14 minggu mulai 19 Feb hingga 22 Mei 13.

    Dalam ucapan yang disampaikan, beliau mengharapkan nilai-nilai teras yang merangkumi integriti, keberanian, kecemerlangan, setia kawan dan mengutamakan perkhidmatan hendaklah dihayati dan diaplikasikan walaupun dalam berkursus. Selain itu juga, beliau mengharapkan pelatih-pelatih mesti berani serta mempunyai semangat untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik dan ianya harus dimulakan dari dalam diri sendiri.

    Katanya, pengurusan yang baik adalah pentadbiran yang memahami hala tuju untuk mencapai matlamat serta menjaga kepentingan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga TUDM. Akhir sekali beliau mengucapkan tahniah kepada anggota yang dipilih dalam kursus ini.

Alamat

Pusat Latihan Pentadbiran & Pengurusan
d/a Pangkalan Udara Subang
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78444776
Faks: 03-78469831

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Akhbar Online