Program Jiwa Murni di Rumal Amal Kasih, Kampung Melayu Subang
SUBANG, 5 Okt 13 - Penuntut Kursus Ketua Kerani Siri 58/13 telah menganjurkanProgram Jiwa Murni bertempat di Rumah Amal Kasih Bestari Lot 5930, Jalan Jati, Kampung Betik, Kampung Melayu Subang, 40150 Shah Alam. Program ini melibatkan 22 orang penuntut dan turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Memerintah, Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM, pegawai-pegawai serta jurulatih-jurulatih PLPP.
Antara program yang telah dilaksanakan seperti gotong-royong pembersihan kawasan, pertandingan mewarna dan acara memotong kek hari lahir dan sukaneka. Objektif program ini adalah untuk menjalankan tanggungjawab sosial melalui khidmat kemasyarakatan sertameningkatkan kesedaran dan memberi pendedahan kepada penuntut kursus tentang kehidupan anak-anak yatim. Ianya dapat memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan silaturahim di antara penuntut kursus, jurulatih serta anak-anak yatim.
Program ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dan sumbangan kepada wakil Rumah Amal Kasih Bestari. Sesi pengambaran berkumpulan diabadikan sebagai tanda kenangan program. Kesimpulannya, program jiwa murni ini telah mencapai objektif dengan jayanya. Program ini adalah sebahagian aktiviti kursus yang telah dirancang. Terima kasih pada semua yang terlibat.
![]() |
||
![]() |
![]() |
![]() |