Simulasi Kawalan Kehormatan Kuarter

SUBANG, 22 Feb 13 – Latihan Simulasi Kawalan Kehormatan Kuarter telah dilaksanakan oleh pelatih Kursus Penyelia Kanan Siri 193/13 bertempat di Padang Kawad Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan. Antara modul yang dipelajari ialah Modul Kawalan Kehormatan Kuarter, modul ini telah diajar secara teori di dalam kelas oleh Pegawai Waran Sekolah, PW U I Mohd Azmy bin Taib. Modul ini mendedahkan kepada semua pelatih situasi sebenar yang akan berlaku di pangkalan dan unit setiap kali ada lawatan rasmi dari pihak kerabat diraja negara luar atau pun dalam Malaysia, pihak tertinggi negara luar atau pun dalam Malaysia serta pegawai kanan ATM.

   Seramai 120 pelatih berpangkat Koperal Udara telah melibatkan diri dalam latihan simulasi ini.  Antara senario soalan yang diberikan kepada pelatih adalah seperti lawatan rasmi oleh Menteri Pertahanan Negara China, KDYMM Sultan Pahang, TYT Yang Di-Pertua Negeri Sabah dan Panglima Tentera Udara ke pangkalan. Pelatih telah dibahagikan kepada kumpulan kecil dan tugas serta tanggungjawab yang berbeza. Sepanjang latihan simulasi dilaksanakan, mereka akan dinilai oleh jurulatih-jurulatih di PLPP dari segi kerjasama dalam kumpulan serta pemahaman tentang susun atur anggota kawalan.

   Secara keseluruhannya, objektif modul ini telah tercapai dengan cemerlang. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Alamat

Pusat Latihan Pentadbiran & Pengurusan
d/a Pangkalan Udara Subang
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78444776
Faks: 03-78469831

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Akhbar Online