Lawatan Sambil Belajar ke MAS Flight Crew Training Centre, Subang

SUBANG, 31 Okt 13 Pelatih Kursus Lanjutan Pembantu Tadbir (KLPT) Siri 60/13, Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP) telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Bangunan MAS Flight Crew Training Centre, Subang. Lawatan ini disertai oleh 40 orang pelatih KLPT Siri 60/13 dengan diiringi seorang pegawai dan 5 orang jurulatih dari pusat latihan. Objektif lawatan ini adalah untuk mendapatkan gambaran secara menyeluruh tentang tugas-tugas dan latihan yang dijalankan di Bangunan MAS Flight Crew Training Centre, Subang. Lawatan ini telah disambut oleh Kapten Pesawat Boeing 747-400,  Yang Berbahagia Dato’ Capt Mohd Fauzi bin Aziz.

       Program lawatan dimulakan dengan sesi taklimat, seterusnya Yang Berbahagia Dato’ telah membawa rombongan lawatan merasai sendiri pengalaman memandu pesawat komersial dalam simulator. Yang Berbahagia Dato’ turut menekankan pentingnya seseorang juruterbang dan pembantu juruterbang mengikuti serta memahami buku manual yang disediakan dalam setiap pesawat.

       Lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderahati yang disampaikan oleh Ketua Sel Bantuan Latihan PLPP, Mej Ahmad Azam bin Soip TUDM kepada pihak MAS Flight Crew Training Centre, Subang 

Alamat

Pusat Latihan Pentadbiran & Pengurusan
d/a Pangkalan Udara Subang
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78444776
Faks: 03-78469831

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Akhbar Online