Lawatan Kerja Timbalan Panglima Tentera Udara Tahun 2014  

SUBANG, 18 Feb 14 Timbalan Panglima Tentera Udara (TPTU), YBhg Lt Jen Dato’ Sri  Hj Roslan bin Saad TUDMtelah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP).  Turut hadir mengiringi adalah Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU), YBhg Mej Jen Dato’ Hj Abdul Karim bin Abdul TUDM. Ketibaan TPTU telah disambut oleh Pegawai Memerintah PLPP, Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM serta warga kerja yang lain.  Sebelum atur cara lawatan diteruskan, TPTU sudi meluangkan masa untuk sesi bergambar kenangan di foyer PLPP.

       Atur cara dimulakan dengan taklimat ringkas yang telah diberikan oleh Pegawai Memerintah PLPP bertempat di Bilik Mesyuarat PLPP.  Antara isi kandungan taklimat yang disampaikan seperti, pencapaian pelaksanaan kursus tahun 2013 dan cabaran semasa yang dihadapi oleh PLPP.  Antara lokasi lawatan yang sempat diperlihatkan sepanjang lawatan kerja ini ialah Papan Kenyataan Airman of The Year yang mempamerkan wajah serta sinopsis kejayaan mereka. Seterusnya dibawa melawat ke Blok Ramada tempat penginapan pelatih kursus lelaki.

Alamat

Pusat Latihan Pentadbiran & Pengurusan
d/a Pangkalan Udara Subang
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78444776
Faks: 03-78469831

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Akhbar Online