Penuntut KAPK Pegawai Siri 10/14 Melawat CCRC, Karak
SUBANG, 27 Mei 14 – Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC) Karak. Lawatan ini disertai oleh 15 orang penuntut Kursus Asas Psikologi Kaunseling (KAPK) Pegawai Siri 10/14 dengan diiringi dua orang pegawai dan tiga orang staf.
Objektif lawatan ini adalah untuk mendapatkan gambaran secara menyeluruh tentang tugas dan peranan CCRC. Rombongan telah disambut oleh Pengarah CCRC Karak, Tuan Chandrasekar a/l Subramaniam. Seterusnya taklimat ringkas telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah CCRC Karak, Muhammad Fahmi bin Mohd Raimi.
Pada peringkat awal, intitusi ini pernah dikenali sebagai Pusat Serenti, namun ianya telah ditukar nama kepada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN). Walau bagaimana pun pada tahun 2009 selaras dengan transformasi negara ianya ditukar kepada nama CCRC. Kemasukan klien hanya berdasarkan Perintah Mahkamah Seksyen 6 (1) (a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
Seterusnya rombongan berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat lagi kaunseling kelompok yang dijalankan ke atas klien-klien. Rombongan lawatan tidak melepaskan peluang untuk berkomunikasi bagi memahami masalah dan kehidupan klien-klien yang menginap di CCRC Karak.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |