Lawatan Kerja Pengarah R & D  

SUBANG, 20 Ogos 14 – Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP) telah menerima kunjungan Lawatan Kerja oleh Pengarah R & D dari Markas Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Kol Norddin bin Hussain TUDM.  Ketibaan Pengarah R & D telah disambut oleh Pegawai Memerintah PLPP, Lt Kol Ahmad bin Yusof TUDM serta Pegawai dan Jurulatih dari Pusat Latihan ini.  Turut serta dalam lawatan ini ialah PS 1 R & D, Lt Kol Radzi bin Bakar TUDM.  Sebelum Atur Cara lawatan diteruskan, Pengarah R & D menandatangani Buku Pelawat dan bergambar bersama Pegawai dan Jurulatih di foyer PLPP.

   PLPP adalah merupakan unit latihan TUDM yang pertama dilawati oleh Tim Kaji Selidik ini. Atur Cara lawatan telah dimulakan dengan taklimat ringkas yang telah diberikan oleh Ketua Jurulatih PLPP bertempat di Bilik Mesyuarat PLPP.  Antara isi kandungan taklimat yang disampaikan merangkumi tahap kompetensi Jurulatih, pelaksanaan kursus tahun 2014, perancangan kursus tahun 2015 dan cabaran semasa yang dihadapi oleh PLPP.

   Lawatan kerja ini bertujuan untuk membuat kaji selidik berhubung keupayaan dan kelayakan seseorang Jurulatih mengajar di unit-unit latihan TUDM. Tim Lawatan Kerja telah membuat pemerhatian dan penilaian ke atas Jurulatih Kursus Penyelia Kanan, Kursus Penyelia Rendah dan Kursus Asas Pembantu Pentadbiran Kelas I.

Alamat

Pusat Latihan Pentadbiran & Pengurusan
d/a Pangkalan Udara Subang
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78444776
Faks: 03-78469831

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Akhbar Online