Majlis Perasmian dan Pembukaan KPK Siri 199/14  

SUBANG, 13 Ogos 14 - Majlis Perasmian dan Pembukaan Kursus Penyelia Kanan (KPK) Siri 199/14 telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP), Lt Kol Ahmad bin Yusof TUDM di Dewan Pahlawan PLPP. Seramai 99 anggota TUDM berpangkat Koperal Udara telah melapor diri untuk mengikuti kursus tersebut yang akan berlangsung selama 9 minggu mulai 12 Ogos hingga 10 Okt 14.

   Beliau telah mengingatkan kepada semua peserta kursus tentang harapan puncuk pimpinan TUDM untuk mewujudkan sebuah “Learning Organisation” dan kepentingan setiap anggota mengamalkan Nilai Teras TUDM (IntegrityCourageExcellenceEsprit De Corps dan Service Before Self). Beliau juga menegaskan bahawa semua pelatih kursus harus berusaha melakukan yang terbaik dan tidak hanya sekadar lulus serta bercita-cita menjadi Penuntut Akademik Terbaik.

Alamat

Pusat Latihan Pentadbiran & Pengurusan
d/a Pangkalan Udara Subang
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78444776
Faks: 03-78469831

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Akhbar Online