Majlis Perasmian dan Pembukaan KPR Siri 254/14
SUBANG, 13 Ogos 14 - Majlis Perasmian dan Pembukaan Kursus Penyelia Rendah (KPR) Siri 254/14 telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP), Lt Kol Ahmad bin Yusof TUDM di Dewan Pahlawan PLPP. Seramai 96 anggota berpangkat Laskar Udara Kanan telah dipilih untuk mengikuti kursus tersebut selama 8 minggu mulai 12 Ogos hingga 3 Okt 14.
Semasa ucapan perasmian, beliau telah mengingatkan bahawa aspek integriti adalah merupakan elemen terpenting yang akan menjayakan penerapan Nilai Teras TUDM. Beliau juga mengharapkan perkara ini diamalkan kerana nilai-nilai murni sedemikian akan dapat membantu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih beramanah, efisyen dan efektif serta berjaya dalam kehidupan di masa hadapan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |