Majlis Perasmian dan Pembukaan KPR Siri 245/13
SUBANG, 13 Mac 13 - Majlis Perasmian dan Pembukaan Kursus Penyelia Rendah (KPR) Siri 245/13 telah diadakan di Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Perkhidmatan, Kol Ahmad Tarmizi bin Elias TUDM. Seramai 91 anggota berpangkat Laskar Udara Kanan akan mengikuti kursus tersebut selama 6 minggu mulai 12 Mac hingga 23 Apr 13. Pengarah Perkhidmatan terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada semua pelatih kerana dipilih untuk mengikuti kursus ini.
Beliau mengingatkan para pelatih agar menanam minat untuk terus belajar dan melangkah maju ke hadapan selaras dengan arus permodenan global. Kursus ini juga akan menjadi satu platform bagi pelatih KPR untuk terus berusaha bagi menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman terutama dalam ilmu pengurusan dan seterusnya menjadi seorang penyelia yang berwibawa dan berkaliber.
Pengarah Perkhidmatan juga berkehendakkan semua pelatih supaya lebih berinisiatif dan berinovasi serta mengamalkan 5 nilai teras dan sikap kepimpinan yang berkesan sebagai landasan untuk berjaya menjadi seorang PTTR yang disegani dalam membentuk sebuah organisasi yang mantap dan ulung dengan menjadikan satu perkhidmatan, satu visi dan satu misi sebagai cogankata. Akhir sekali beliau mengucapkan selamat menjalani kursus dengan jayanya dan semoga berjaya dalam karier masing-masing.
![]() |
![]() |