Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup KKPPW Siri 23/13
SUBANG, 20 Mac 13 – Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 23/13 telah disempurnakan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Dato’ Hj Azizool Arif bin Abdul Ghani TUDM di Dewan Pahlawan Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP). Kursus ini telah berlangsung selama 2 minggu bermula 5 Mac hingga 21 Mac yang dihadiri seramai 21 orang berpangkat Pegawai Waran Udara Dua dan 6 orang berpangkat Flait Sarjan.
Dalam petikan ucapan, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara mengingatkan kepada semua bahawa sebagai seorang anggota tentera harus mempamerkan imej serta penampilan diri yang tinggi dan seterusnya menjadi role model kepada anggota peringkat bawahan. Selain itu juga, segala modul yang telah dipelajari sepanjang berkursus hendaklah diaplikasi di unit kelak, selaras dengan nilai-nilai teras atau core values seperti integrity, courage, excellence, esprit de corps dan service before self yang harus diterapkan dalam diri setiap anggota. Panglima Pendidikan dan Latihan Udara juga menasihatkan supaya menggunakan doktrin dan manual yang sedia ada untuk mengajar anggota peringkat bawahan mengenai kepakaran mengikut bidang masing-masing.
Tahniah diucapkan kepada peserta dan semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.