Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup KPR Siri 253/14
SUBANG, 23 Jul 14 – Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Penyelia Rendah (KPR) Siri 253/14 telah disempurnakan oleh Ketua Staf Operasi Markas Wilayah Udara 1, YBhg Brig Jen Dato’ Hj Othman bin Abdullah TUDM di Dewan Pahlawan, Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP). Kursus ini telah berlangsung selama 7 minggu bermula 3 Jun 14 hingga 25 Jul 14. Seramai 100 anggota pelatih dari pelbagai ketukangan telah lulus dengan jayanya.
Di dalam ucapannya, beliau memaklumkan bahawa kursus ini bertujuan untuk melahirkan PTTR yang berupaya menyelia dan mengurus anggota di peringkat bahawan serta menjadi perantaraan di antara pihak atasan dan anggota bawahan. Kebanyakan skop pembelajaran Kursus Penyelia Rendah ini adalah perkara yang baru kepada pelatih-pelatih dan berbeza daripada apa yang dilakukan dalam tugas harian.
Anugerah Penuntut Akademik Terbaik telah disandang oleh 727034 LUK Muhammad Nurzid bin Md Shah dari ketukangan PKTU yang memperolehi Gred A1. Ketua Staf Operasi Markas Wilayah Udara 1, mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pegawai dan jurulatih PLPP yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mengendalikan kursus ini dengan lancar.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |