Majlis Penyampaian Ucapan PAT Sempena Hari ATM ke-80  

SUBANG, 19 Sep 13Majlis Penyampaian Ucapan Panglima Angkatan Tentera (PAT) sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke 80 telah berlangsung di Padang Kawad, Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP). Perutusan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Memerintah PLPP, Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pegawai, Jurulatih dan Staf serta penuntut Kursus Asas Pegawai Urusetia (KAPU) Siri 38/13, Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran (KKPPW) Siri 25/13, Kursus Ketua Kerani (KKK) Siri 58/13, Kursus Penyelia Kanan (KPK) Siri 195/13, Kursus Penyelia Rendah (KPR) Siri 248/13 dan Kursus Lanjutan Pembantu Tadbir (KLPT) Siri 60/13 iaitu seramai 359 orang telah mendengar majlis penyampaian ucapan tersebut.

  Di dalam petikan ucapan, PAT mengingatkan kepada semua peringkat anggota agar lebih bersedia menghadapi sebarang cabaran dan ancaman.  ATM akan tetap berdiri teguh di belakang Kerajaan yang memerintah, demi mempertahankan negara dan menjamin kesejahteraan rakyat jelata.

  Sehubungan dengan itu, PAT juga menyeru agar semua perkhidmatan menentukan supaya modal insan, aset dan doktrin berada di tahap pengoperasian yang tertinggi pada sebilang masa melalui latihan yang efektif demi menentukan kemantapan kesiagaan keupayaan tempur angkatan tentera.  Pengetahuan mahupun kemahiran dalam bidang masing-masing hendaklah digarap dengan penuh sistematik.

  Sebelum mengakhiri ucapan, PAT mengajak semua perkhidmatan untuk memperbaharui iltizam dan bersatu-padu demi menentukan jaminan keselamatan yang konsisten kepada pentadbir negara dan masyarakat menerusi pelaksanaan tanggungjawab dengan profesional, berdedikasi dan ikhlas.

Alamat

Pusat Latihan Pentadbiran & Pengurusan
d/a Pangkalan Udara Subang
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78444776
Faks: 03-78469831

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Akhbar Online