Perbarisan Bulanan Pegawai Memerintah PLPP
SUBANG, 16 Apr 13 - Perbarisan bulanan Pegawai Memerintah Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP) kali ke dua Tahun 2013 telah diadakan di Padang Kawad PLPP. Perbarisan tersebut terdiri dari Staf, Jurulatih, Penuntut Kursus Tingkatan Pegawai Urusetia, Kursus Penyelia Kanan, Kursus Penyelia Rendah, Kursus Lanjutan Pembantu Tadbir dan Kursus Asas Pembantu Tadbir. Pemeriksaan perbarisan telah dilakukan oleh Pegawai Memerintah PLPP, Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM.
Dalam ucapan yang disampaikan, Pegawai Memerintah PLPP mengingatkan kepada semua berkaitan Pilihan Raya Umum kali ke 13 yang akan diadakan pada 5 Mei 13. Walau bagaimanapun sebagai anggota ATM, kita dikehendaki untuk mengundi awal iaitu pada 30 Apr 13. Selain itu Pegawai Memerintah PLPP juga menegaskan, tiada penglibatan diri dikalangan pelatih dalam apa juga aktiviti yang berbaur politik secara langsung ataupun tidak langsung. Pada tahun ini TUDM bakal menyambut Hari Ulang Tahun ke 55 pada 1 Jun 13 dengan bertemakan Penguasaan Teknologi Teras Keupayaan.
Selaras dengan itu, Pegawai Memerintah PLPP menyeru agar semua yang hadir untuk lebih peka dan mempelajari dan meningkatkan ilmu pengetahuan berkenaan teknologi supaya lebih berilmu dan berdaya saing. Sebelum mengakhiri ucapannya, Pegawai Memerintah PLPP mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua AJK-AJK yang terlibat dalam melaksanakan dan merealisasikan karnival sukan yang telah diadakan dengan jayanya pada 12 Apr 13 yang lalu.