Mesyuarat Kali Pertama Pegawai Memerintah PLPP  

SUBANG, 22 Jan 13 - Mesyuarat bulanan Pegawai Memerintah Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP) kali pertama Tahun 2013 telah diadakan di Bilik Mesyuarat PLPP. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pegawai Memerintah PLPP, Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM. Antara yang dibincang dalam mesyuarat tersebut seperti cabaran semasa PLPP sepanjang tahun 2013 serta pengagihan tugas tambahan staf sebagai satu langkah empowerment. Dikesempatan itu juga, Pegawai Memerintah memaklumkan kepada ahli mesyuarat yang hadir beberapa perkara yang telah dibincangkan semasa Mesyuarat Pemerintahan Panglima Tentera Udara Siri 1/13 pada 10 Jan dan 11 Jan 13.

Alamat

Pusat Latihan Pentadbiran & Pengurusan
d/a Pangkalan Udara Subang
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78444776
Faks: 03-78469831

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Akhbar Online