Karnival Sukan PLPP

SUBANG, 13 Sep 13 –  Karnival Sukan Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP) Tahun 2013 kali kedua telah diadakan dengan suasana ceria dan meriah oleh semua penuntut kursus di pusat latihan ini. Majlis pembukaan disempurnakan oleh Pegawai Memerintah PLPP, Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM.  Karnival ini telah diselia oleh Penuntut Kursus Asas Pegawai Urusetia (KAPU) dan dibantu oleh Penuntut Kursus Ketua Kerani (KKK), Kursus Penyelia Kanan (KPK), Kursus Penyelia Rendah (KPR) dan Kursus Lanjutan Pembantu Tadbir (KLPT).

  Karnival ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, setiakawan dan kerjasama serta mengeratkan lagi silaturrahim antara para penuntut dan staf PLPP setelah bertungkus lumus bekerja dan belajar. Tema karnival sukan pada kali ini berkonsepkan 1 MALAYSIA.  Aturcara pembuka tirai dimulai dengan tarian 1 MALAYSIA oleh Penuntut KLPT yang dibimbing oleh Penuntut KPK yang bertugas di Badan Kesenian Tentera Udara (BKTU), seterusnya pengenalan maskot setiap kumpulan dan disusuli acara senamrobik yang dikendalikan sendiri oleh penuntut kursus.  Anggota setiap pasukan adalah campuran daripada semua kursus yang ada.  Sebanyak 5 acara sukan dipertandingkan seperti Lari Bergalah, Kaki Gajah, Boling Kelapa, Sepak Raga Bulat dan Tolak Tali.

  Secara keseluruhannya, aktiviti ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama daripada semua penuntut kursus. Adalah diharapkan aktiviti sebegini akan terus dianjurkan dan menjadi sebahagian dari aktiviti Ko-Kurikulum penuntut di pusat latihan ini. 


     

Alamat

Pusat Latihan Pentadbiran & Pengurusan
d/a Pangkalan Udara Subang
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78444776
Faks: 03-78469831

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Akhbar Online