Pertandingan Bola Sepak Anjuran MPLU

SUBANG, 11 Sep 13 - Pertandingan liga bola sepak anjuran Markas Pendidikan & Latihan Udara (MPLU) telah diadakan di Stadium Mini Pangkalan Udara Subang. Pertandingan ini melibatkan ke semua pusat latihan di bawah naungan MPLU. Perlawanan di antara Gabungan MPLU dan Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP) bertemu Pusat Latihan Pengurusan Logistik (PLPL), sambil disaksikan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Dato’ Azizol Arif bin Abd Ghani TUDM, Ketua Staf MPLU, Kol Abdul Manaf bin Md Zaid TUDMserta Pegawai Memerintah PLPP.

   Sokongan dari penonton yang terdiri dari pelatih-pelatih kursus melebihi 300 orang daripada kedua-dua pusat latihan memeriahkan lagi perlawanan sambil sorakan gemuruh sebagai tanda memberi semangat kepada pemain di atas padang. Beraksi di babak pertama, PLPP terlebih dahulu membuka jaringan. Bersambung separuh masa kedua, jaringan menunjukkan kedudukan seri. Namun dengan kerjasama pasukan dan usaha yang ditunjukkan, PLPP telah menjarakkan jaringan gol di saat akhir perlawanan. 

    Perlawanan ini telah dimenangi oleh Gabungan MPLU dan PLPP dengan jaringan 3 berbalas 2 dan melayakkan pasukan bola sepak PLPP ke peringkat seterusnya.  Perlawanan telah tamat pada jam 1845.  Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak Gabungan MPLU dan PLPP. 


    

Alamat

Pusat Latihan Pentadbiran & Pengurusan
d/a Pangkalan Udara Subang
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78444776
Faks: 03-78469831

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Akhbar Online