Hari Keluarga PLPP Tahun 2013  

SUBANG, 6 Dis 13 Hari Keluarga Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP) bagi tahun 2013 telah dilaksanakan dengan meriah bertempat di Foyer PLPP.  Majlis telah dihadiri oleh pegawai, jurulatih dan staf PLPP bersama keluarga masing-masing. Turut hadir menyerikan majlis adalah Pegawai Memerintah PLPP, Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM. Majlis ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim di antara keluarga jurulatih yang sedia ada dengan keluarga jurulatih yang baru bertukar masuk.

       Di dalam ucapan, Pegawai Memerintah PLPP melahirkan rasa gembira dengan kehadiran keluarga bagi memeriahkan majlis. Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada dua orang jurulatih PLPP yang telah dicalonkan ke peringkat akhir Airman of The Year bagi tahun 2012 iaitu PW U II Mohamad Hazman Harnam dan Sjn U Mohd Syazwan.

       Pelbagai acara menarik telah dijalankan, antaranya adalah permainan yang diadaptasikan dari Program Minute to Win 60 Second, karaoke dan juga cabutan bertuah. Bermacam ragam dapat disaksikan sepanjang permainan dijalankan, tidak melepaskan peluang anak-anak yang memberi sokongan dan sorokan kepada kedua ibu-bapa mereka. 

       Di dalam majlis tersebut turut diraikan empat orang jurulatih PLPP yang telah bertukar keluar iaitu Mej Muhsin TUDM, Mej Sue Azian TUDM, Kapt Salamah TUDM dan PW U II (W) Afidah. Majlis berjalan dengan lancar dengan bantuan Penuntut Kursus Asas Pegawai Urusetia (KAPU), Kursus Penyelia Rendah (KPR) dan Kursus Lanjutan Pembantu Tadbir (KLPT).

Alamat

Pusat Latihan Pentadbiran & Pengurusan
d/a Pangkalan Udara Subang
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78444776
Faks: 03-78469831

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Akhbar Online