Majlis Ramah Mesra PLPP
SUBANG, 19 Ogos 14 - Majlis Ramah Mesra Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP) telah diadakan bertempat di Bilik Sri Pendeta pada 19 Ogos 14. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran beberapa orang Pegawai Kanan TUDM, antaranya YBhg Mej Jen Dato’ Hj Abdul Karim bin Abdul TUDM, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Brig Jen Abdul Manaf bin Md Zaid TUDM, Komander Pangkalan Udara Subang, Kol Mohd Adka bin Solahuddin TUDM, Ketua Staf Markas Pendidikan dan Latihan Udara. Para tetamu dan jemputan telah diraikan oleh Lt Kol Ahmad bin Yusof TUDM, Pegawai Memerintah PLPP, pegawai-pegawai dan Jurulatih PLPP.
Majlis Ramah Mesra ini diadakan bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan erat dan kerjasama yang telah sedia terjalin di antara Pusat Latihan ini dengan pihak Markas dan Pangkalan. Selain itu, ianya juga dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim di antara pegawai atasan dan anggota-anggota.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |