Lawatan Kerja Ketua Staf Pendidikan dan Latihan Udara  

SUBANG, 7 Mac 13 – Ketua Staf Pendidikan dan Latihan Udara, Kol Abdul Manaf bin Md Zaid TUDM telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP).  Ketibaan Ketua Staf telah disambut oleh Pegawai Memerintah PLPP, Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM serta warga kerja yang lain.  Turut serta dalam lawatan ini ialah PS 2 Kurikulum E, Mej Junaidi bin Abdul Aziz TUDM.  Sebelum atur cara lawatan diteruskan, Ketua Staf sudi meluangkan masa untuk sesi bergambar kenangan di foyer PLPP.

   Atur cara dimulakan dengan jamuan ringan dan diselitkan ucapan oleh Ketua Staf.  Di dalam ucapannya, beliau mengingatkan sebagai warga PLPP, harus menunjukkan tingkah laku yang baik, besikap positif dan matang dalam melaksanakan tugas.  Beliau juga turut menyampaikan amanat dari Panglima Pendidikan dan Latihan Udara yang berkehendakkan semua pelatih berkursus harus mematuhi perintah tetap yang telah dikeluarkan.

   Seterusnya taklimat ringkas telah diberikan oleh Pegawai Memerintah PLPP bertempat di Mesyuarat PLPP.  Antara isi kandungan taklimat yang disampaikan seperti, pencapaian pelaksanaan kursus tahun 2012 dan cabaran semasa yang dihadapi oleh PLPP.

   Antara lokasi lawatan yang sempat dibawa sepanjang lawatan kerja ini ialah ke pejabat sel-sel dan pusat sumber PLPP serta kelas kuliah pelatih.  Ketua Staf juga berkesempatan bertemu dan beramah mesra dengan pelatih Kursus Tingkatan Pegawai Urusetia dan Kursus Asas Pembantu Tadbir.

Lawatan Dari Singapore Armed Forces 

SUBANG, 19 Sep 13 - Lawatan dari Singapore Armed Forces Warrant Officers’ School (SAFWOS) 3/13 Joint Senior Leadership Course (JSLC) ke Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP). Program ini telah diketuai oleh Lieutenant Colonel Johan bin Mohamed Haron selaku Komandan. Lawatan ke pusat  latihan ini bertujuan bertukar pendapat disamping melihat kemudahan yang sedia ada. Ketibaan disambut baik Pegawai Memerintah PLPP, Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM berserta dengan Pegawai, Jurulatih dan Penuntut Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran (KKPPW) Siri 26/13.

   Seterusnya aktiviti diteruskan dengan sesi bergambar di Foyer PLPP dan diikuti dengan sesi taklimat ringkas di Dewan Pahlawan, PLPP. Semasa lawatan tersebut turut dipertontonkan aktiviti ketenteraan oleh Pelatih Kursus Penyelia Rendah (KPR) Siri 248/13 seramai 100 orang. Sebelum mengakhiri sesi lawatan, delegasi lawatan telah dibawa menikmati jamuan ringan yang telah disediakan dan sebagai tanda penghargaan kedua-dua pihak bertukar cenderahati. bergambar diadakan di untuk kenangan bersama. 

Alamat

Pusat Latihan Pentadbiran & Pengurusan
d/a Pangkalan Udara Subang
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78444776
Faks: 03-78469831

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Akhbar Online