Pemeriksaan Tahunan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara Tahun 2013  

SUBANG, 8 Nov 13 Pemeriksaan Tahunan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara telah diadakan di Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan pada 7 Nov dan 8 Nov 13.  Tim Pemeriksaan ini diketuai oleh Lt Kol Saharuddin bin Mansor TUDM (PS 1 Latih MPLU).  Matlamat pemeriksaan ini adalah bagi memastikan kesiapsiagaan serta peranan PLPP sebagai sebuah pusat latihan sebelum pemeriksaan tahunan oleh Panglima Tentera Udara.

       Pemeriksaan yang dilaksanakan adalah merangkumi Unit ‘Core Business’, Kesiapsiagaan, Pengurusan Pejabat, Tatatertib dan Keselamatan. Hasil dari pemeriksaan tersebut, YBhg Mej Jen Dato’ Hj Abdul Karim bin Abdul TUDM (Panglima Pendidikan dan Latihan Udara) telah berpuashati dan mengharapkan PLPP terus mengekalkan kecemerlangannya sebagai pusat latihan yang berperanan mengendalikan kursus-kursus pentadbiran dan pengurusan.  

Lawatan Command Master Chief US Navy ke PLPP  

SUBANG, 20 Nov 13 Command Master Chief Mark W. Rudes, USN, Senior Enlisted Leader, United State Pacific Command bersama rombongan telah mengadakan lawatan dan perbincangan di Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP). Dalam lawatan ini sesi perbincangan dan pertukaran maklumat diadakan berhubung pembangunan dan perkembangan karier bagi anggota LLP TUDM. Ketibaan rombongan disambut oleh Pegawai Memerintah PLPP, Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM dan seterusnya di bawa ke Bilik Mesyuarat untuk sesi taklimat ringkas. Lawatan ini memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dalam memperkasakan TUDM dan US Pacific Command. 

Alamat

Pusat Latihan Pentadbiran & Pengurusan
d/a Pangkalan Udara Subang
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78444776
Faks: 03-78469831

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Akhbar Online