Perbarisan Pegawai Memerintah PLPP Kali Pertama
SUBANG, 22 Jan 13 - Perbarisan bulanan Pegawai Memerintah Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP) kali pertama Tahun 2013 telah diadakan di Padang Kawad PLPP pada 22 Jan 13. Perbarisan tersebut terdiri dari Staf, Jurulatih, Penuntut Kursus Tingkatan Pegawai Urusetia, Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran, Kursus Penyelia Kanan, Kursus Penyelia Rendah dan Kursus Asas Pembantu Tadbir. Perbarisan terdiri daripada 25 Pegawai dan 246 anggota LLP. Pemeriksaan perbarisan telah dilakukan oleh Pegawai Memerintah PLPP, Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM.
Dalam ucapan yang disampaikan, beliau mengambil kesempatan untuk membacakan perutusan Panglima Tentera Udara sempena tahun baru 2013. Antara petikan yang dibacakan berkaitan dengan Pelan Transformasi Air Force Next Generation (AF-NG) yang telah dilancarkan sejak tiga tahun lalu. Pada fasa ke dua AF-NG, perancangan transformasi yang akan bermula tahun ini, memberi tumpuan kepada proses pelaksanaan dalam tempoh lima tahun sehingga tahun 2017.
Selain itu juga, nilai-nilai teras yang merangkumi integriti, keberanian, kecemerlangan, setia kawan dan mementingkan perkhidmatan hendaklah dijadikan sebagai amalan berterusan. Amalan tersebut harus digembeling dengan budaya gaya hidup sihat melalui pelbagai aktiviti sukan, riadah, kerohanian dan kemasyarakatan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |