Majlis Perasmian dan Pembukaan KAPK (PTTK) Siri 9/14 & KAPP Kls I  

SUBANG, 20 Ogos 14 - Majlis Perasmian dan Pembukaan Kursus Asas Psikologi Kaunseling (PTTK) Siri 9/14 dan Kursus Asas Pembantu Pentadbiran Kelas I Siri 61/14 telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP), Lt Kol Ahmad bin Yusof TUDM di Dewan Pahlawan PLPP. Seramai 11 anggota TUDM telah melapor diri untuk mengikuti Kursus Asas Psikologi Kaunseling (PTTK) Siri 9/14 selama 3 minggu mulai 19 Ogos hingga 12 Sep 14. Manakala bagi Kursus Asas Pembantu Pentadbiran Kelas I Siri 61/14 terdapat seramai 44 anggota telah hadir untuk mengikuti kursus selama 4 bulan mulai 19 Ogos hingga 19 Dis 14.

    Pegawai Memerintah PLPP dalam ucapan perasmian Kursus Asas Psikologi Kaunseling (PTTK) memaklumkan bahawa objektif kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada para peserta melaksanakan kaunseling dalam TUDM dan membantu Kaunselor yang sedia ada di pangkalan/ unit.

      Seterusnya beliau juga mengingatkan kepada peserta Kursus Asas Pembantu Pentadbiran Kelas I Siri 61/14 supaya bersaing secara sihat dan berazam untuk mempamerkan prestasi yang terbaik dan memanfaatkan ilmu pengetahuan yang diperolehi dengan sebaik-baiknya. 

Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup KKPPW Siri 22/13

SUBANG, 30 Jan 13  Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 22/13 telah diadakan di Dewan Pahlawan Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP) pada 30 Jan 13. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, Panglima Operasi Udara. Turut hadir mengiringi Panglima Operasi Udara adalah Lt Kol Termizi bin Hashim TUDM, wakil Panglima Pendidikan dan Latihan Udara.  Kursus tersebut telah berlangsung selama 2 minggu bermula dari 15 Jan hingga 30 Jan 13 yang dihadiri seramai 28 anggota berpangkat Pegawai Waran Udara Dua dan Flait Sarjan.

   Dalam petikan ucapan, Panglima Operasi Udara mengingatkan kepada semua bahawa kejayaan di dalam sesebuah organisasi dapat dicapai sekiranya setiap ahli organisasi dapat melaksanakan peranan masing-masing.  Selain itu juga, seorang Pegawai Waran  adalah sebagai perantara di antara anggota bawahan dengan pihak atasan dalam proses menyalurkan sebarang maklumat di uni-unit.  Segala modul yang telah dipelajari sepanjang berkursus hendaklah diaplikasi ke unit kelak.  Majlis juga diserikan dengan sesi bergambar kenang-kenangan sebelum Panglima Operasi Udara meninggalkan majlis. Tahniah diucapkan kepada peserta dan semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. 

Alamat

Pusat Latihan Pentadbiran & Pengurusan
d/a Pangkalan Udara Subang
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78444776
Faks: 03-78469831

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Akhbar Online