Majlis Penyampaian Ucapan PAT Sempena Hari ATM ke-80  

SUBANG, 19 Sep 13Majlis Penyampaian Ucapan Panglima Angkatan Tentera (PAT) sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke 80 telah berlangsung di Padang Kawad, Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP). Perutusan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Memerintah PLPP, Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pegawai, Jurulatih dan Staf serta penuntut Kursus Asas Pegawai Urusetia (KAPU) Siri 38/13, Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran (KKPPW) Siri 25/13, Kursus Ketua Kerani (KKK) Siri 58/13, Kursus Penyelia Kanan (KPK) Siri 195/13, Kursus Penyelia Rendah (KPR) Siri 248/13 dan Kursus Lanjutan Pembantu Tadbir (KLPT) Siri 60/13 iaitu seramai 359 orang telah mendengar majlis penyampaian ucapan tersebut.

  Di dalam petikan ucapan, PAT mengingatkan kepada semua peringkat anggota agar lebih bersedia menghadapi sebarang cabaran dan ancaman.  ATM akan tetap berdiri teguh di belakang Kerajaan yang memerintah, demi mempertahankan negara dan menjamin kesejahteraan rakyat jelata.

  Sehubungan dengan itu, PAT juga menyeru agar semua perkhidmatan menentukan supaya modal insan, aset dan doktrin berada di tahap pengoperasian yang tertinggi pada sebilang masa melalui latihan yang efektif demi menentukan kemantapan kesiagaan keupayaan tempur angkatan tentera.  Pengetahuan mahupun kemahiran dalam bidang masing-masing hendaklah digarap dengan penuh sistematik.

  Sebelum mengakhiri ucapan, PAT mengajak semua perkhidmatan untuk memperbaharui iltizam dan bersatu-padu demi menentukan jaminan keselamatan yang konsisten kepada pentadbir negara dan masyarakat menerusi pelaksanaan tanggungjawab dengan profesional, berdedikasi dan ikhlas.

Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah PLPP  

SUBANG, 10 Jun 14 – Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP) telah diadakan di Padang Kawad PLPP. Lt Kol Ahmad bin Yusof TUDM, telah mengambil alih tugas Pegawai Memerintah PLPP daripada Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM yang berkuatkuasa mulai 2 Jun 14. Perbarisan tersebut melibatkan 229 orang yang terdiri dari Pegawai, Jurulatih, Staf, Penuntut Kursus Penyelia Kanan dan Kursus Penyelia Rendah.

   Majlis telah dimulakan dengan acara pemeriksaan barisan dan ucapan dari Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM serta diteruskan dengan acara menandatangani dokumen serah terima tugas di antara Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM dengan Lt Kol Ahmad bin Yusof TUDM dan disaksikan oleh YBhg Kol Mohd Adka bin Solahuddin TUDM, Ketua Staf MPLU. 

Alamat

Pusat Latihan Pentadbiran & Pengurusan
d/a Pangkalan Udara Subang
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78444776
Faks: 03-78469831

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Akhbar Online