Majlis Jasamu Dikenang PLPP Tahun 2013

SUBANG, 19 Jan 13 – Majlis Jasamu Dikenang Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan Tahun 2013 telah diadakan pada 19 Jan 13 bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC). Majlis ini diadakan untuk meraikan pegawai dan anggota LLP yang bertukar keluar disamping merapatkan silaturrahim dan keharmonian dikalangan warga PLPP. Seramai 17 orang pegawai dan anggota LLP diraikan dalam majlis ini, mereka ialah:

a. Lt Kol Wan Ibrahim bin Wan Harun TUDM bertukar keluar ke MTU- Sekretariat Bravo mulai 6 Mac 11.

b. Lt Kol Man Ghazali bin Hamid TUDM bertukar keluar ke MTU-Perkhidmatan mulai 31 Jan 12.

c. Mej Amisa Amri bin TUDM bertukar keluar ke Maktab Turus Angkatan Tentera mulai 9 Jan 12.

d. Mej Marina bte Harun TUDM bertukar keluar ke MTU-BSM mulai 12 Sep 12.

e. Kapt Mohamed Adnan Fareed bin Mohamed Akbar TUDM bertukar keluar ke Pangkalan Udara Subang mulai 1 Nov 12.

f. PW U I Muhamad Nizam bin Abdul Aziz menjalani latihan peralihan mulai 2 Jan 13.

g. PW U II Halimi bin Abu Bakar bertukar keluar ke MTU-IGTU mulai 9 Jul 12.

h. PW U II Lawrence ak Hawkin bertukar keluar ke Pangkalan Udara Kuala Lumpur mulai 1 Mei 12.

i. PW U II Muhamad Atefi bin Che Long bertukar keluar ke Pangkalan Udara Kuantan mulai 3 Feb 13.

j. PW U II (W) Sanisah bte Saari menjalani latihan peralihan mulai 9 Jul 12. 

k. PW U II (W) Norzaima bte Mohd Nor bertukar keluar ke Institut Latihan Tentera Udara Ipoh mulai 31 Jul 12.

l. F/Sjn Wan Alimy bin Wan Ali menjalani latihan peralihan mulai 7 Jan 13. 

m. F/Sjn Saharuddin bin Othman bertukar keluar ke PLKN – Kem Merang Suria, Terengganu mulai 3 Feb 13.

n. F/Sjn Sharudin bin Kamis bertukar keluar ke Pangkalan Udara Kuantan mulai 31 Jul 12. 

o. LUK Mohd Shahrol Nizam bin Che Hanapi bertukar keluar ke MTU-Perkhidmatan mulai 1 Mac 12.

p. LU II Mohamad Nur Alif Faizuddin bin Amaludin bertukar keluar ke Pangkalan Udara Labuan mulai 24 Dis 12.

q. Puan Siti Aishah binti Umar bertukar keluar ke Markas Staf Stesen Pulau Pinang mulai 1 Jan 13. 


     Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada anggota yang dirai dan juga ucapan oleh Pegawai Memerintah PLPP, Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM. Dalam ucapannya, beliau juga turut melahirkan rasa terima kasih di atas jasa bakti yang telah dicurahkan oleh anggota yang dirai semasa berkhidmat di pusat latihan ini. Seterusnya majlis diakhiri dengan sesi bergambar kenangan. Warga PLPP mengucapkan selamat bertugas di unit baru kepada anggota yang bertukar keluar dan selamat maju jaya kepada anggota yang menjalani latihan peralihan.  

Pertandingan Bola Sepak Anjuran MPLU

SUBANG, 11 Sep 13 - Pertandingan liga bola sepak anjuran Markas Pendidikan & Latihan Udara (MPLU) telah diadakan di Stadium Mini Pangkalan Udara Subang. Pertandingan ini melibatkan ke semua pusat latihan di bawah naungan MPLU. Perlawanan di antara Gabungan MPLU dan Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP) bertemu Pusat Latihan Pengurusan Logistik (PLPL), sambil disaksikan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Dato’ Azizol Arif bin Abd Ghani TUDM, Ketua Staf MPLU, Kol Abdul Manaf bin Md Zaid TUDMserta Pegawai Memerintah PLPP.

   Sokongan dari penonton yang terdiri dari pelatih-pelatih kursus melebihi 300 orang daripada kedua-dua pusat latihan memeriahkan lagi perlawanan sambil sorakan gemuruh sebagai tanda memberi semangat kepada pemain di atas padang. Beraksi di babak pertama, PLPP terlebih dahulu membuka jaringan. Bersambung separuh masa kedua, jaringan menunjukkan kedudukan seri. Namun dengan kerjasama pasukan dan usaha yang ditunjukkan, PLPP telah menjarakkan jaringan gol di saat akhir perlawanan. 

    Perlawanan ini telah dimenangi oleh Gabungan MPLU dan PLPP dengan jaringan 3 berbalas 2 dan melayakkan pasukan bola sepak PLPP ke peringkat seterusnya.  Perlawanan telah tamat pada jam 1845.  Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak Gabungan MPLU dan PLPP. 


    

Alamat

Pusat Latihan Pentadbiran & Pengurusan
d/a Pangkalan Udara Subang
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78444776
Faks: 03-78469831

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Akhbar Online