Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup KPK Siri 198/14

SUBANG, 24 Jul 14  Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Penyelia Kanan (KPK) Siri 198/14 telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Perancangan, Pembangunan dan Operasi, YBhg Mej Jen Dato’ Ahmad Anuar bin Ahmad TUDM di Dewan Pahlawan, Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP). Kursus ini telah berlangsung selama 8 minggu bermula 27 Mei 14 hingga 25 Jul 14. Seramai 99 pelatih dari pelbagai ketukangan telah lulus dengan jayanya.

   Di dalam ucapannya, beliau mengingatkan kepada semua walaupun kursus ini telah berakhir namu ianya tidak bermakna usaha untuk mencari ilmu turut berakhir. Sejajar dengan keperluan perkhidmatan di mana TUDM amat memerlukan anggota-anggota yang kaya dengan ilmu pengetahuan. Oleh itu, beliau menyeru supaya setiap pelatih untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran dari semasa ke semasa. Menurut beliau, ilmu pengetahuan adalah satu elemen yang membezakan keperibadian, cara pemikiran serta sumbangan khidmat seseorang individu kepada TUDM, ATM dan Negara.

   Penuntut Akademik Terbaik pada kali ini telah disandang oleh 724167 Kpl U Hafiznuddin bin Mokhtar dari ketukangan Bomba yang memperolehi Gred A2. AKS PPO, merakam setinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pegawai dan jurulatih PLPP yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mengendalikan kursus ini dengan jayanya.

Jurulatih PLPP Dinaikkan Pangkat

SUBANG, 5 Feb 13 - Satu upacara Majlis Pemakaian Pangkat anggota Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan telah diadakan di bilik mesyuarat pusat latihan. 719392 F/Sjn Mokthar bin Regby dari ketukangan Pembantu Tadbir telah dinaikkan pangkat Pangkuan PW U II mulai 4 Feb 13 dan menjawat jawatan PTTK Sel Latihan. 720684 Sjn U Hafizaswan bin Ahmad dari ketukangan Pembantu Tadbir telah dinaikkan pangkat Pangkuan F/Sjn mulai 4 Feb 13 dan menjawat jawatan sebagai jurulatih pentadbiran. Majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan, Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM. Tahniah di ucapkan. 

Alamat

Pusat Latihan Pentadbiran & Pengurusan
d/a Pangkalan Udara Subang
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78444776
Faks: 03-78469831

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Akhbar Online