Majlis Pemakaian Pangkat Anggota PLPP

SUBANG, 5 Mac 13 - Satu upacara Majlis Pemakaian Pangkat anggota Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan telah diadakan di bilik mesyuarat pusat latihan. 720565 Sjn U Ahmad Ridwan bin Md Lazim dari ketukangan Pembantu Tadbir telah dinaikkan pangkat Pangkuan F/Sjn mulai 1 Okt 12 dan menjawat jawatan PTTK Sel Bantuan Latihan. 722232 Kpl U Zulham Effandy bin Mat Isa dari ketukangan Pembantu Tadbir telah dinaikkan pangkat Pangkuan Sjn U mulai 4 Mac 13 dan menjawat jawatan sebagai jurulatih pentadbiran. 725643 LU I Vijayannathan a/l Punusamy dari ketukangan Jurulatih Jasmani telah dinaikkan pangkat LUK mulai 1 Feb 13. Majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan, Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM. Tahniah di ucapkan. 

Mesyuarat Kali Pertama Pegawai Memerintah PLPP  

SUBANG, 22 Jan 13 - Mesyuarat bulanan Pegawai Memerintah Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP) kali pertama Tahun 2013 telah diadakan di Bilik Mesyuarat PLPP. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pegawai Memerintah PLPP, Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM. Antara yang dibincang dalam mesyuarat tersebut seperti cabaran semasa PLPP sepanjang tahun 2013 serta pengagihan tugas tambahan staf sebagai satu langkah empowerment. Dikesempatan itu juga, Pegawai Memerintah memaklumkan kepada ahli mesyuarat yang hadir beberapa perkara yang telah dibincangkan semasa Mesyuarat Pemerintahan Panglima Tentera Udara Siri 1/13 pada 10 Jan dan 11 Jan 13.

Alamat

Pusat Latihan Pentadbiran & Pengurusan
d/a Pangkalan Udara Subang
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78444776
Faks: 03-78469831

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Akhbar Online