Majlis Perasmian dan Pembukaan KKPPW Siri 23/13  

SUBANG, 5 Mac 13 - Majlis Perasmian dan Pembukaan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran (KKPPW) Siri 23/13 telah diadakan di Dewan Pahlawan Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP). Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Inspektor Jeneral Tentera Udara, Mej Jen Dato’ Latip bin Ismail TUDM. Seramai 27 anggota berpangkat Flait Sarjan dan Pegawai Waran dari pelbagai ketukangan dalam TUDM akan mengikuti kursus tersebut selama 2 minggu bermula 5 Mac hingga 21 Mac 12.

     Dalam ucapan yang disampaikan, beliau mengharapkan agar semua peserta kursus menyedia dan melengkapkan diri masing-masing dengan ciri-ciri kepimpinan dan mampu bersaing dalam persekitaran kerjaya yang bercorak global serta menjadi role model kepada anggota peringkat bawahan.

     Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau mengingatkan kepada semua bahawa orang yang berilmu bukannya dinilai dengan apa yang diketahui, tetapi bagaimana ia mengamalkan ilmu tersebut agar semua pihak mendapat manfaat darinya. Oleh yang demikian ilmu perlu diaplikasikan ke arah kebaikan diri sendiri, TUDM, bangsa dan negara.

Majlis Perasmian dan Pembukaan KPR Siri 245/13  

SUBANG, 13 Mac 13 - Majlis Perasmian dan Pembukaan Kursus Penyelia Rendah (KPR) Siri 245/13 telah diadakan di Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Perkhidmatan, Kol Ahmad Tarmizi bin Elias TUDM. Seramai 91 anggota berpangkat Laskar Udara Kanan akan mengikuti kursus tersebut selama 6 minggu mulai 12 Mac hingga 23 Apr 13. Pengarah Perkhidmatan terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada semua pelatih kerana dipilih untuk mengikuti kursus ini.

     Beliau mengingatkan para pelatih agar menanam minat untuk terus belajar dan melangkah maju ke hadapan selaras dengan arus permodenan global.  Kursus ini juga akan menjadi satu platform bagi pelatih KPR untuk terus berusaha bagi menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman terutama dalam ilmu pengurusan dan seterusnya menjadi seorang penyelia yang berwibawa dan berkaliber.

       Pengarah Perkhidmatan juga berkehendakkan semua pelatih supaya lebih berinisiatif dan berinovasi serta mengamalkan 5 nilai teras dan sikap kepimpinan yang berkesan sebagai landasan untuk berjaya menjadi seorang PTTR yang disegani dalam membentuk sebuah organisasi yang mantap dan ulung dengan menjadikan satu perkhidmatan, satu visi dan satu misi sebagai cogankata. Akhir sekali beliau mengucapkan selamat menjalani kursus dengan jayanya dan semoga berjaya dalam karier masing-masing.

Alamat

Pusat Latihan Pentadbiran & Pengurusan
d/a Pangkalan Udara Subang
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78444776
Faks: 03-78469831

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Akhbar Online