Majlis Perasmian dan Pembukaan KPK Siri 194/13  

SUBANG, 3 Apr 13 - Majlis Perasmian dan Pembukaan Kursus Penyelia Kanan (KPK) Siri 194/13 telah disempurnakan oleh Pengarah Kejuruteraan, Kol Dr Md Zaki bin Md Zain TUDM di Dewan Pahlawan Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan. Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh Ketua Staf Pendidikan dan Latihan Udara, Kol Abdul Manaf bin Md Zaid TUDM. Seramai 116 anggota berpangkat Koperal Udara telah dipilih untuk mengikuti kursus tersebut selama 7 minggu mulai 2 Apr hingga 22 Mei 13.

   Dalam ucapan yang disampaikan, beliau menyatakan segala ilmu pengetahuan dan pengalaman yang bakal diperolehi semasa berkursus adalah amat berguna di dalam memenuhi kehendak semasa bagi melaksanakan tugas-tugas yang semakin mencabar di pangkalan, unit dan skuadron masing-masing. Beliau juga menasihatkan sebagai seorang penyelia kanan, berupaya meningkat dan memantapkan lagi mutu penghasilan kerja dan penyeliaan di unit disamping mempunyai iltizam kerja yang lebih jitu dan mantap, seterusnya melahirkan generasi yang berwawasan dan berkaliber.

    Selain itu juga, beliau mengingatkan sebagai seorang penyelia yang berdedikasi dan berwawasan, seharusnya mempunyai tahap disiplin yang tinggi sebagaimana yang terkandung dalam kod etika ATM yang menitikberatkan kepada disiplin, menepati masa dan berpegang teguh kepada ikrar kesatria. Katanya, segala ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi sepanjang tempoh berkursus ini akan menjadi nilai tambah untuk potensi diri di masa akan datang. Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada anggota yang dipilih dalam kursus ini.

Majlis Perasmian dan Pembukaan KPK Siri 195/13  

SUBANG, 23 Ogos 13 - Majlis Perasmian dan Pembukaan Kursus Penyelia Kanan (KPK) Siri 195/13 telah disempurnakan oleh Ketua Staf Operasi Markas No 1 Div Udara, Brig Jen Dato’ Othman bin Hj Abdullah TUDM di Dewan Pahlawan Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP).  Seramai 120 anggota berpangkat Koperal Udara telah dipilih untuk mengikuti kursus tersebut selama 8 minggu mulai 20 Ogos hingga 11 Okt 13.

   Dalam ucapan yang disampaikan, beliau mengharapkan agar semua pelatih menanamkan sikap positif dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri serta mempertingkatkan prestasi, pengetahuan dan minat untuk terus belajar serta melangkah maju ke hadapan.  

   Selain itu juga Ketua Staf Operasi Markas No 1 Div Udara, mengingatkan kepada semua bahawa anggota TUDM adalah aset yang amat penting untuk mencapai keberkesanan dan menyumbang ke arah pencapaian matlamat organisasi.   

Alamat

Pusat Latihan Pentadbiran & Pengurusan
d/a Pangkalan Udara Subang
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78444776
Faks: 03-78469831

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Akhbar Online