Majlis Jasamu Dikenang PLPP Tahun 2014

SUBANG, 30 Mei 14 – Majlis Jasamu Dikenang Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan Tahun 2014 telah diadakan di INTEKMA Resort, Shah Alam. Majlis ini diadakan untuk meraikan pegawai dan anggota LLP yang bertukar keluar disamping merapatkan silaturrahim dan keharmonian dikalangan warga PLPP.  Seramai dua orang pegawai dan lima anggota LLP diraikan dalam majlis ini iaitu:

a. Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM bertukar keluar ke MTU- Perkhidmatan mulai 2 Jun 14.

b. Kapt Shuhaniff bin Sharuddin TUDM bertukar keluar ke MTU-Latih mulai 2 Jun 14.

c. F/Sjn Norasrin bin Norbik bertukar keluar ke MTU- Perkhidmatan mulai 31 Mac 14.

d. F/Sjn Zulfami bin Hj Baharudin bertukar keluar ke PU Buterworth mulai 5 Mei 14.

e. F/Sjn Maswan bin Mohamed Mustaffa bertukar keluar ke Institut Perubatan Penerbangan, PU Kuala Lumpur mulai 7 Apr 14.

f. Sjn U Muhammad Soffi bin Rashid bertukar keluar ke PU Kuala Lumpur mulai 7 Apr 14.

g. Kpl U Zawaher bin Misran bertukar keluar ke PU Subang mulai 28 Feb 14.


     Pegawai Memerintah PLPP mengambil peluang yang ada untuk menyerahkan Piala Pusingan SPU buat pertama kalinya diperkenalkan kepada pusat latihan ini. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada anggota yang dirai dan juga ucapan oleh Pegawai Memerintah PLPP, Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM. Dalam ucapannya, beliau juga turut melahirkan rasa terima kasih di atas jasa bakti yang telah dicurahkan oleh anggota yang dirai semasa berkhidmat di pusat latihan ini.  Seterusnya majlis diakhiri dengan sesi bergambar kenangan.  Warga PLPP mengucapkan selamat bertugas di unit baru kepada semua yang bertukar keluar.  

Pertandingan Road Relay Antara Kumpula SPU

SUBANG, 23 Mei 14 – Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP) telah mengadakan Pertandingan Road Relay di antara Kumpulan Sistem Pengurusan Unit (SPU) 1 dan 2.  Pertandingan ini telah diadakan di Stadium Pangkalan Udara Subang. 

  Setiap kumpulan diwakili oleh lapan orang termasuk seorang staf wanita. Pertandingan ini dilepaskan secara serentak bagi kedua-dua pasukan dan format pertandingan adalah larian secara berganti-ganti, manakala setiap anggota akan berlari sejauh 600 meter. 

  Pertandingan ini bertujuan untuk menguji tahap kecergasan setiap anggota yang terlibat dan selain itu memupuk semangat berpasukan untuk bersaing secara sihat bagi menjadi johan pertandingan. Kumpulan SPU 2 telah menjuarai pertandingan pada kali ini.


     

Alamat

Pusat Latihan Pentadbiran & Pengurusan
d/a Pangkalan Udara Subang
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78444776
Faks: 03-78469831

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Akhbar Online