Majlis Ramah Mesra PLPP  

SUBANG, 19 Ogos 14 - Majlis Ramah Mesra Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP) telah diadakan bertempat di Bilik Sri Pendeta pada 19 Ogos 14.  Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran beberapa orang Pegawai Kanan TUDM, antaranya YBhg Mej Jen Dato’ Hj Abdul Karim bin Abdul TUDM, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Brig Jen Abdul Manaf bin Md Zaid TUDM, Komander Pangkalan Udara Subang, Kol Mohd Adka bin Solahuddin TUDM, Ketua Staf Markas Pendidikan dan Latihan Udara. Para tetamu dan jemputan telah diraikan oleh Lt Kol Ahmad bin Yusof TUDM, Pegawai Memerintah PLPP, pegawai-pegawai dan Jurulatih PLPP.

   Majlis Ramah Mesra ini diadakan bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan erat dan kerjasama yang telah sedia terjalin di antara Pusat Latihan ini dengan pihak Markas dan Pangkalan. Selain itu, ianya juga dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim di antara pegawai atasan dan anggota-anggota. 

Majlis Tahlil Sempena Menyambut Kedatangan Maulidur Rasul 1434H

SUBANG, 23 Jan 13 - Penuntut Kursus Tingkatan Pegawai Urusetia Siri 29/13 dan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 22/13 telah berkolaborasi menganjurkan Majlis Tahlil sempena menyambut kedatangan Maulidur Rasul 1434H bertempat di Dewan Pahlawan Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP).  Majlis yang dihadiri oleh jurulatih dan staf PLPP serta semua pelatih dan diserikan dengan kehadiran Pegawai Memerintah PLPP, Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM.

     Membuka tirai majlis dimulakan dengan solat Magrib secara berjemaah dan seterusnya sesi tazkirah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh SSjn Jamaludin bin Kasim, Pejabat Pangkalan Udara Subang, diikuti bacaan Yasin, tahlil serta solat Isyak secara berjemaah. Adalah diharapkan program sebegini akan terus dianjurkan dan menjadi sebahagian dari tradisi PLPP khususnya dalam usaha untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan warga PLPP di samping menegakkan syiar Islam di dalam TUDM.



Alamat

Pusat Latihan Pentadbiran & Pengurusan
d/a Pangkalan Udara Subang
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78444776
Faks: 03-78469831

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Akhbar Online