Lawatan Dari Singapore Armed Forces
SUBANG, 19 Sep 13 - Lawatan dari Singapore Armed Forces Warrant Officers’ School (SAFWOS) 3/13 Joint Senior Leadership Course (JSLC) ke Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP). Program ini telah diketuai oleh Lieutenant Colonel Johan bin Mohamed Haron selaku Komandan. Lawatan ke pusat latihan ini bertujuan bertukar pendapat disamping melihat kemudahan yang sedia ada. Ketibaan disambut baik Pegawai Memerintah PLPP, Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM berserta dengan Pegawai, Jurulatih dan Penuntut Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran (KKPPW) Siri 26/13.
Seterusnya aktiviti diteruskan dengan sesi bergambar di Foyer PLPP dan diikuti dengan sesi taklimat ringkas di Dewan Pahlawan, PLPP. Semasa lawatan tersebut turut dipertontonkan aktiviti ketenteraan oleh Pelatih Kursus Penyelia Rendah (KPR) Siri 248/13 seramai 100 orang. Sebelum mengakhiri sesi lawatan, delegasi lawatan telah dibawa menikmati jamuan ringan yang telah disediakan dan sebagai tanda penghargaan kedua-dua pihak bertukar cenderahati. bergambar diadakan di untuk kenangan bersama.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |