Majlis Tahlil Anjuran KPK Siri 195/13

SUBANG, 3 Okt 13 - Pelatih Kursus Penyelia Kanan Siri 195/13 telah menganjurkan Majlis Tahlil bertempat di Dewan Pahlawan, Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP). Majlis dihadiri oleh Pegawai, Jurulatih dan Staf PLPP serta semua pelatih seramai 120 orang yang turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Memerintah PLPP, Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM. Membuka tirai majlis dimulakan dengan solat Magrib secara berjemaah dan seterusnya sesi tazkirah yang disampaikan sendiri oleh pelatih kursus. Majlis diteruskan dengan bacaan tahlil serta solat Isyak. 

   Pengurusan majlis tahlil ini adalah seratus peratus dikendalikan oleh pelatih dan ianya akan dinilai. Program sebegini akan terus dianjurkan dan menjadi sebahagian dari tradisi PLPP khususnya dalam usaha untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan pelatih degan warga PLPP di samping menegakkan syiar Islam di dalam TUDM. 

Majlis Berbuka Puasa PLPP

SUBANG, 23 Jul 14 - Majlis Berbuka Puasa Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP) telah diadakan bertempat di Foyer PLPP pada 23 Jul 14.  Majlis tersebut telah dianjurkan oleh pelatih Kursus Penyelia Kanan Siri 198/14 dan Kursus Penyelia Rendah Siri 253/14. Turut hadir ialah Lt Kol Ahmad bin Yusof TUDM, Pegawai Memerintah PLPP serta pegawai-pegawai dan jurulatih PLPP. 

   Majlis ini telah dimulakan pada jam 1830 dengan tazkirah yang disampaikan oleh Kpl Rozaki bin Mahat sebelum waktu berbuka puasa bagi mengisi masa yang terluang. Sejurus itu acara diteruskan dengan solat maghrib berjemaah di Dewan Pahlawan PLPP.  Majlis diteruskan dengan jamuan makan malam dan diikuti dengan ucapan oleh Pegawai Memerintah, beliau telah menasihatkan kepada semua pelatih-pelatih dan semua staf supaya berbelanja secara berhemah dan berhati-hati dalam perjalanan semasa cuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba. 

Alamat

Pusat Latihan Pentadbiran & Pengurusan
d/a Pangkalan Udara Subang
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78444776
Faks: 03-78469831

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Akhbar Online