Program Jiwa Murni di Rumal Amal Kasih, Kampung Melayu Subang

SUBANG, 5 Okt 13 Penuntut Kursus Ketua Kerani Siri 58/13 telah menganjurkanProgram Jiwa Murni bertempat di Rumah Amal Kasih Bestari Lot 5930, Jalan Jati, Kampung Betik, Kampung Melayu Subang, 40150 Shah Alam. Program ini melibatkan 22 orang penuntut dan turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Memerintah, Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM, pegawai-pegawai serta jurulatih-jurulatih PLPP.

       Antara program yang telah dilaksanakan seperti gotong-royong pembersihan kawasan, pertandingan mewarna dan acara memotong kek hari lahir dan sukaneka.  Objektif program ini adalah untuk menjalankan tanggungjawab sosial melalui khidmat kemasyarakatan sertameningkatkan kesedaran dan memberi pendedahan kepada penuntut kursus tentang kehidupan anak-anak yatim. Ianya dapat memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan silaturahim di antara penuntut kursus, jurulatih serta anak-anak yatim.

      Program ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dan sumbangan kepada wakil Rumah Amal Kasih Bestari.  Sesi pengambaran berkumpulan diabadikan sebagai tanda kenangan program. Kesimpulannya, program jiwa murni ini telah mencapai objektif dengan jayanya. Program ini adalah sebahagian aktiviti kursus yang telah dirancang. Terima kasih pada semua yang terlibat. 

Lawatan Kerja Ketua Staf Pendidikan dan Latihan Udara  

SUBANG, 7 Mac 13 – Ketua Staf Pendidikan dan Latihan Udara, Kol Abdul Manaf bin Md Zaid TUDM telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP).  Ketibaan Ketua Staf telah disambut oleh Pegawai Memerintah PLPP, Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM serta warga kerja yang lain.  Turut serta dalam lawatan ini ialah PS 2 Kurikulum E, Mej Junaidi bin Abdul Aziz TUDM.  Sebelum atur cara lawatan diteruskan, Ketua Staf sudi meluangkan masa untuk sesi bergambar kenangan di foyer PLPP.

   Atur cara dimulakan dengan jamuan ringan dan diselitkan ucapan oleh Ketua Staf.  Di dalam ucapannya, beliau mengingatkan sebagai warga PLPP, harus menunjukkan tingkah laku yang baik, besikap positif dan matang dalam melaksanakan tugas.  Beliau juga turut menyampaikan amanat dari Panglima Pendidikan dan Latihan Udara yang berkehendakkan semua pelatih berkursus harus mematuhi perintah tetap yang telah dikeluarkan.

   Seterusnya taklimat ringkas telah diberikan oleh Pegawai Memerintah PLPP bertempat di Mesyuarat PLPP.  Antara isi kandungan taklimat yang disampaikan seperti, pencapaian pelaksanaan kursus tahun 2012 dan cabaran semasa yang dihadapi oleh PLPP.

   Antara lokasi lawatan yang sempat dibawa sepanjang lawatan kerja ini ialah ke pejabat sel-sel dan pusat sumber PLPP serta kelas kuliah pelatih.  Ketua Staf juga berkesempatan bertemu dan beramah mesra dengan pelatih Kursus Tingkatan Pegawai Urusetia dan Kursus Asas Pembantu Tadbir.

Alamat

Pusat Latihan Pentadbiran & Pengurusan
d/a Pangkalan Udara Subang
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78444776
Faks: 03-78469831

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Akhbar Online