Lawatan Anak-Anak Yatim Rumal Amal Kasih ke No 20 Skn dan PLPP  

SUBANG, 7 Nov 13 Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP) sedang melaksanakan Kursus Ketua Kerani Siri 58/13 bermula dari 20 Ogos hingga 26 Nov 13. Kursus ini dihadiri oleh 22 penuntut kursus dari ketukangan Pembantu Tadbir.

       Program yang telah dirancang ialah mengadakan lawatan bagi Anak-Anak Yatim dari Rumah Amal Kasih Bestari, Kampung Melayu Subang seramai 13 orang ke No 20 Skn, Pangkalan Udara Subang. Lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada anak-anak yatim berkenaan peranan dan aset TUDM. Selanjutnya program lawatan diteruskan dengan sumbangan yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah PLPP, Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM.

Pemeriksaan Tahunan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara Tahun 2013  

SUBANG, 8 Nov 13 Pemeriksaan Tahunan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara telah diadakan di Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan pada 7 Nov dan 8 Nov 13.  Tim Pemeriksaan ini diketuai oleh Lt Kol Saharuddin bin Mansor TUDM (PS 1 Latih MPLU).  Matlamat pemeriksaan ini adalah bagi memastikan kesiapsiagaan serta peranan PLPP sebagai sebuah pusat latihan sebelum pemeriksaan tahunan oleh Panglima Tentera Udara.

       Pemeriksaan yang dilaksanakan adalah merangkumi Unit ‘Core Business’, Kesiapsiagaan, Pengurusan Pejabat, Tatatertib dan Keselamatan. Hasil dari pemeriksaan tersebut, YBhg Mej Jen Dato’ Hj Abdul Karim bin Abdul TUDM (Panglima Pendidikan dan Latihan Udara) telah berpuashati dan mengharapkan PLPP terus mengekalkan kecemerlangannya sebagai pusat latihan yang berperanan mengendalikan kursus-kursus pentadbiran dan pengurusan.  

Alamat

Pusat Latihan Pentadbiran & Pengurusan
d/a Pangkalan Udara Subang
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78444776
Faks: 03-78469831

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Akhbar Online