Lawatan Kerja Panglima Pendidikan dan Latihan Udara Tahun 2014  

SUBANG, 14 Feb 14 Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU), YBhg Mej Jen Dato’ Hj Abdul Karim bin Abdul TUDM telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP). Ketibaan PPLU telah disambut oleh Pegawai Memerintah PLPP, Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM serta warga kerja yang lain.  Turut serta dalam lawatan ini ialah PS 2 Latih E, Mej Johan Wahidi bin Arip TUDM.  

       Atur cara dimulakan dengan ucapan oleh PPLU dan seterusnya minuman ringan bersama warga PLPP. Di dalam ucapannya, beliau turut menyampaikan amanat selaku Panglima Pendidikan dan Latihan Udara yang berkehendakkan kecemerlangan yang ditunjukkan di pusat latihan ini dapat diteruskan dan ditingkatkan di masa akan datang.

     Seterusnya taklimat ringkas telah diberikan oleh Pegawai Memerintah PLPP bertempat di Mesyuarat PLPP.  Antara isi kandungan taklimat yang disampaikan seperti, pencapaian pelaksanaan kursus tahun 2013 dan cabaran semasa yang dihadapi oleh PLPP.  Antara lokasi lawatan yang sempat dibawa sepanjang lawatan kerja ini ialah ke pejabat sel-sel dan kelas kuliah penuntut Kursus Ketua Kerani Siri 59/13.

Penuntut KAPK Pegawai Siri 10/14 Melawat CCRC, Karak

SUBANG, 27 Mei 14 – Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC) Karak. Lawatan ini disertai oleh 15 orang penuntut Kursus Asas Psikologi Kaunseling (KAPK) Pegawai Siri 10/14 dengan diiringi dua orang pegawai dan tiga orang staf. 

       Objektif lawatan ini adalah untuk mendapatkan gambaran secara menyeluruh tentang tugas dan peranan CCRC. Rombongan telah disambut oleh Pengarah CCRC Karak, Tuan Chandrasekar a/l Subramaniam. Seterusnya taklimat ringkas telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah CCRC Karak, Muhammad Fahmi bin Mohd Raimi. 

     Pada peringkat awal, intitusi ini pernah dikenali sebagai Pusat Serenti, namun ianya telah ditukar nama kepada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN). Walau bagaimana pun pada tahun 2009 selaras dengan transformasi negara ianya ditukar kepada nama CCRC. Kemasukan klien hanya berdasarkan Perintah Mahkamah Seksyen 6 (1) (a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

       Seterusnya rombongan berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat lagi kaunseling kelompok yang dijalankan ke atas klien-klien. Rombongan lawatan tidak melepaskan peluang untuk berkomunikasi bagi memahami masalah dan kehidupan klien-klien yang menginap di CCRC Karak.

More Articles...

Alamat

Pusat Latihan Pentadbiran & Pengurusan
d/a Pangkalan Udara Subang
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78444776
Faks: 03-78469831

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Akhbar Online